Sepanjang perjalanan dalam hidup kita mesti ada pelbagai kenangan terindah mahupun kenangan pahit yang akan terus terpahat dalam lipatan sejarah hidup kitakan?
Saya pun ada beberapa coretan kenangan yang saya mahu kongsikan buat semua.Mungkin kita boleh berkongsi cerita pula lepas ini?
Kenangan ini sudah lama saya lipat kemas dalam sejarah hidup saya,entah kenapa tajuk CORETAN jadi pilihan saya untuk mengisi ruangan blog ini,bukan apa sekurang-kurangnya,doa untuk mereka yang tersayang tetap berterusan bila ada orang baca coretan ini walaupun satu hari nanti saya sudah tiada.
"coretan sepanjang lorong kehidupan"
sekian
*(n_n)*
CORETAN BUAT PAPA & MAMA
"ha?! teruk ke?kat mana dia sekarang?"itulah ayat yang aku dengar dari mulut mama,sebaik sahaja deringan telefon rumah kami diangkat.Waktu itu umur aku 9 tahun,aku tidak mengerti bila mama seperti kelam kabut,air matanya bercucuran sebaik sahaja telefon rumah diletak,mama suruh aku dan 2 orang adik ku yang ketika itu berusia 6 tahun dan 3 tahun bersiap.Aku dan adik-adik menurut sahaja,walaupun kami tidak tahu kemana mama mahu pergi pada malam itu.
Diluar rumah,pakcik Mazlan,ayah Zatea kawan karib ku,sudah menunggu.Mama membawa kami adik beradik masuk kedalam kereta,aku semakin pelik,kemana mama mahu bawa kami?.Kereta pakcik Mazlan meluncur pelahan menuju kerumah Alang,abang mama ku yang terletak tidak jauh dari kawasan perumahan kami.Sampai dirumah Alang,mama turun dari kereta,Alang dan isterinya mak Ieta,keluar dari rumah,aku lihat dari dalam kereta mama bercakap sesuatu,riak muka Alang dan mak Ieta seakan-akan terkejut,kemudian mama masuk semula kedalam kereta dan pakcik Mazlan terus membawa kami ketempat yang aku sendiri tidak tahu.
HOSPITAL BESAR TENGKU AMPUAN RAHIMAH KLANG
aku semakin pelik,selepas 20 minit perjalanan,kami sampai dihospital besar Klang.Hati ku terdetik,seperti ada sesuatu yang buruk telah berlaku,tapi aku masih tidak mengetahui apa sebenarnya.Pakcik Mazlan terus membawa kami kekawasan lapang bersebelah ruang KECEMASAN,aku lihat cuma mama,adik-adik dan pakcik Mazlan sahaja yang aku kenal.Hati ku terus bertanya apa yang berlaku,aku tanya mama,mama diam dan menangis.
Selang beberapa minit perkarangan tempat kami menunggu sedari tadi sudah dipenuhi dengan orang-orang yang aku kenal,aku lihat opah,emak papaku menangis semahunya,semua sedara-mara pun begitu.Ucu Mala,adik bongsu papa aku lihat memujuk opah ku.Aku lihat Alang berbual serius dengan pakcik Mazlan,mak Ieta pula memujuk mama.Aku semakin pelik bila melihat semua yang ada disitu pada ketika itu bersedih.Papa!?baru aku sedar,papa tiada waktu itu,aku tercari-cari mana papa,aku tanya mama,tiba-tiba semua orang berpusu-pusu ke wad kecemasan sebaik sahaja satu kereta ambulans tiba,aku tidak dapat melihat siapa yang dibawa kereta ambulans tadi,kerana mereka terus membawanya kedalam wad kecemasan.
Keadaan ketika itu cuma dipenuhi tangisan,aku turut menangis kerana melihat ramai yang menangis,aku tidak tahu apa-apa,sampailah aku terlihat sekujur tubuh seperti papa diusung masuk kedalam ambulans lain dan dibawah pergi dari situ.Aku menangis semahunya,kemana mereka mahu membawa papa pergi?apa yang telah terjadi kepada papa?aku menangis semahunya...
"Nanti bila jumpa papa,jangan takut,jangan menangis,kesian papa"itulah pesan mama sewaktu menyiapkan aku dan adik-adik didalam bilik.Pagi itu mama mahu membawa kami kehospital bertemu papa setelah beberapa hari selepas kejadian malam itu.Kami menaiki kereta Ucu Ros,adik lelaki mama yang paling bongsu.
Sampai diperkarangan hospital besar Klang,kami terus ke wad pesakit lelaki,tetapi langkah kami terhenti sebab kami lihat kelibat papa duduk ditepi kaki lima.Aku lihat muka papa seperti menahan sakit,kami mendapatkan papa,aku lihat tangan kiri papa berbalut,yang membuatkan aku pelik,kenapa tangan kiri papa lain?kenapa tidak seperti dulu?
Rupanya inilah punca kejadian malam itu,tangan kiri papa tersangkut didalam mesin sewaktu bertugas ditempat papa bekerja,akibat dari itu tangan kiri papa putus sehingga paras bawah siku.
Aku tidak menangis,aku tidak takut lihat papa begitu,aku ingat pesan mama,kami membawa papa semula ke wad,bimbang kalau dicari doktor yang merawat.Papa memberi alasan mahu mengambil angin,mama menasihati papa supaya banyak berehat dan jangan banyak bergerak.Kami memimpin papa menuju ke wad,dalam keadaan aku menahan sebak.
Setelah beberapa bulan,papa hanya duduk dirumah,kilang tempat bekerjanya dahulu sudah ditutup,keluarga kami diduga,papa tiada pekerjaan,pelbagai permohonan sudah dilakukan semua tidak berjaya atas sebab fizikal.Aku lihat papa seperti putus asa,banyak termenung,tapi mama kuat semangat,mama banyak memberi kata-kata semangat kepada papa.Bagi meringankan beban papa,mama menjaga anak jiran untuk menyara keluarga kami.Alang dan mak Ieta banyak membantu kami.Begitu juga dengan Ucu Mala,setia menemani papa mencari kerja.Pelbagai pekerjaan dimohon.Tapi nasib tidak menyebelahi kami,papa masih gagal memperolehi pekerjaan.
Melihat kepayahan mama,papa tidak berputus asa,sehinggalah ada jiran yang memberi peluang kepada papa untuk bercucuk tanam di ladang pertanian MARDI jalan kebun,Klang.
Pelbagai jenis sayuran papa tanam,kangkung,bayam,sawi.Seronok bila berada disana,kami membawa bekal dan makan bersama.Aku berasa amat seronok ketika itu,tanpa aku mengerti,sebenarnya papa dan mama menempuh pelbagai kepayahan.
Bagi memberi semangat,anak buah mama,Kak Ngah sanggup datang bersama keluarganya kekebun tempat kami menumpang bercucuk tanam.Kak Ngah membawa anaknya yang lumpuh semata-mata ingin memberi semangat pada papa.Pada ketika itu hanya mereka yang dewasa mengetahui kekecewaan papa.Lahir sebagai seorang yang lengkap tubuh badan bertukar sebaliknya.
Syukur,hasil tanaman papa subur dan menjadi.Kemudian hasil tanaman,papa jual pada jiran kami,Wak Rahman,ini kerana Wak Rahman merupakan penjual sayur di kawasan rumah kami.Syukurlah,
cukup untuk menambah belanja kami sekeluarga selain dari sumber pendapatan mama menjaga anak jiran.
Selang beberapa tahun,papa menunaikan umrah hasil pampasan yang diterimanya.Ada hikmah setiap kejadian,papa merasa menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Sepulangnya papa dari tanah suci,papa mendapat pekerjaan tetap,hasil pertolongan kenalan papa sewaktu di Tanah Suci,sehingga kini papa masih bekerja di situ.
Kehidupan kami berubah sedikit demi sedikit,dalam kesederhanaan papa mampu memberi kami makan,tempat tinggal dan pendidikan yang sempurna.Papa juga mampu mambawa kami sekeluarga melancong kemerata tempat didalam negara.
Aku merupakan bekas pelajar Institut Kemahiran Mara dalam jurusan Mekanikal.Kini bekerja disebuah bank dan menyambung pelajaran sambil bekerja di Uitm Shah Alam.Adik perempuan ku pula,kini sedang menuntut di Uitm dalam bidang Diploma Fisioterapi tahun akhir.Adik lelaki ku kini di Pusat Latihan Khidmat Negara Bidor,menjalani latihan khidmat negara setelah tamat persekolahan di Sek.Men.Vok.Ampangan,Negeri Sembilan.Adik bongsu pula masih belajar di tahun 3 Sek.Keb.Sijangkang Jaya.
Aku kagum dengan papa,seorang ayah dan suami yang kuat semangat dan tidak pernah putus asa untuk membesarkan kami adik beradik dengan sempurna dan memberi segala keperluan untuk keluarganya.
Aku kagum dengan mama,seorang ibu dan isteri yang setia disaat susah senang dan sentiasa disisi papa dan keluarga.Mama juga yang banyak memberi semangat buat papa.
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat OPAH DAN UCU MALA,SAUDARA-MARA,ALANG SEKELUARGA,KAK NGAH SEKELUARGA,PAKCIK MAZLAN DAN SEMUA YANG TELAH MEMBANTU PAPA.SEMOGA ALLAH YANG MEMBALAS SEGALANYA.
DALAM KENANGAN
11 FEB 1997
ALLAHYARHAM GULAMJAN BIN MOHD KHAN
Lelaki diatas adalah seorang yang amat aku sayangi.Dia adalah arwah atok ku,ayah kepada papa ku.Atok seorang yang amat penyayang.Atok sangat menyayangi aku,lebih-lebih lagi aku merupakan cucu sulung dalam keluarga atok.Walaupun darah pakistan dalam diri atok membuatkan muka atok nampak garang,tapi atok baik dan sangat penyayang!
Apa yang aku pinta,atok pasti tunaikan.Atok selalu beri aku coklat dan duit syiling emas 3ringgit.Aku seronok sangat waktu hujung minggu papa dan mama bawa kamui bertemu atok,atok tidak tinggal dengan opah,sebab atok kerja sebagai seorang jaga di sebuah kilang di Kepong,Kuala Lumpur.Hanya hujung bulan sahaja atok akan pulang kerumah,selebihnya kami banyak menghabiskan masa berhujung minggu bersama atok.
Tapi Allah lebih menyayangi atok,Dia pinjamkan atok sekejap sahaja kepada aku.Hari raya ke-3 11/feb/1997,atok menghembuskan nafasnya yang terakhir di IJN Kuala Lumpur.Pada ketika itu hanya Allah yang mengetahui betapa sedihnya hati aku,bila satu-satunya atok yang amat aku sayangi telah pergi menghadap Ilahi buat selama-lamanya...
11 MAC 1997
ALLAHYARHAM ROZAINI BIN BULAT@MD.SOM
Ini adalah keratan akhbar yang memaparkan berita kematian arwah ucu,adik bongsu mama.Waktu itu kami dan beberapa saudara-mara yang lain mengambil keputusan untuk pergi ke Raub,Pahang untuk bertemu dengan Pak Ngah aku,abang arwah ucu dan mama.
Sesudah itu,kami sekeluarga dan saudara-mara yang lain pergi ke kawasan perkelahan AIR TERJUN CHAMANG untuk mandi manda.Kegembiraan kami bertukar cemas apabila anak salah seorang sedara kami lemas,mujurlah ada orang awam nampak dan terus menyelamatkannya.
Disebabkan kejadian itu,kami mengambil keputusan untuk pulang,semua sudah berkumpul,tapi kelibat ucu tidak kunjung tiba,semua yang berada disitu mulai cemas.Ketika itu kami sibuk mencari disekitar tempat ucu mandi,orang awam yang berada disitu turut mencari,tetapi tiada penemuan.Mama dan sedara mara yang lain mula menangis bimbang berlaku sesuatu yang buruk.
Disebabkan hari semakin gelap,papa mengambil keputusan untuk melaporkan berita kehilangan ucu di balai polis Bentong,malam itu,aku dan saudara-mara pulang kerumah,atas nasihat polis dan pasukan penyelamat.Cuma papa dan abang sedaraku yang menunggu.Bersama mencari ucu.
Malam itu,dirumah mama mula meracau,menangis,mujurlah mak Ieta ada,mak Ieta yang menenangkan mama,aku turut menangis,bimbangkan keadaan mama dan khabar ucu.
Keesokan harinya,kami mendapat berita,jenazah ucu telah ditemui dihilir sungai beberapa meter dari tempat ucu terjun.Punca kematian akibat patah tengkung ketika ucu mendarat sejurus membuat terjunan.
Papa memberitahu kami,pada malam itu suasana seakan-akan ribut,angin kuat.Tiba-tiba ada satu cahaya seolah-olah menyuluh disatu tempat dan keesokan harinya disitulah tempat arwah ucu ditemui.Orang awam disitu turut bersyukur jenazah ucu dijumpai dalam keadaan elok,menurut mereka sesiapa yang lemas disitu tidak pernah secepat begini dijumpai dan tidak seelok ucu keadaannya.
Tengahari itu,jenazah ucu dibawah kerumahku,sebelum perjalanannya ke alam yang kekal abadi,kami mencium jenazah arwah ucu untuk yang terakhir kalinya.Aku lihat wajah arwah ucu bersih dan seperti tersenyum.
Arwah ucu memang seorang pakcik yang sangat baik,setiap kali dia datang kerumah aku dan Alang pasti ada buah tangan untuk anak buahnya.Sebungkus plastik kuning berisi TORA atau DING DANG,gula-gula,lolipop dan cumi pasti akan menjadi hadiah setiap seorang pada setiap bulan.
Arwah ucu sangat baik dan amat menyayangi kami,anak buahnya.Walaupun dia bujang,tetapi dia amat penyayang.Aku amat menyayangi Ucu.
bersama mama dan papa
9 FEB 1997

ketika bercuti di pasir salak bersama keluarga Alang

arwah atok yang sangat PENYAYANG!
![]() |
| gambar terakhir semasa hari raya sebelum atok pergi untuk selamanya |
Semoga Atok tenang di sisi-Nya..AL-FATIHAH
sekian
*(n_n)*
11 MAC 1997
ALLAHYARHAM ROZAINI BIN BULAT@MD.SOM
keratan akhbar yang memaparkan berita kematian arwah ucu
Ini adalah keratan akhbar yang memaparkan berita kematian arwah ucu,adik bongsu mama.Waktu itu kami dan beberapa saudara-mara yang lain mengambil keputusan untuk pergi ke Raub,Pahang untuk bertemu dengan Pak Ngah aku,abang arwah ucu dan mama.
Sesudah itu,kami sekeluarga dan saudara-mara yang lain pergi ke kawasan perkelahan AIR TERJUN CHAMANG untuk mandi manda.Kegembiraan kami bertukar cemas apabila anak salah seorang sedara kami lemas,mujurlah ada orang awam nampak dan terus menyelamatkannya.
Disebabkan kejadian itu,kami mengambil keputusan untuk pulang,semua sudah berkumpul,tapi kelibat ucu tidak kunjung tiba,semua yang berada disitu mulai cemas.Ketika itu kami sibuk mencari disekitar tempat ucu mandi,orang awam yang berada disitu turut mencari,tetapi tiada penemuan.Mama dan sedara mara yang lain mula menangis bimbang berlaku sesuatu yang buruk.
Disebabkan hari semakin gelap,papa mengambil keputusan untuk melaporkan berita kehilangan ucu di balai polis Bentong,malam itu,aku dan saudara-mara pulang kerumah,atas nasihat polis dan pasukan penyelamat.Cuma papa dan abang sedaraku yang menunggu.Bersama mencari ucu.
Malam itu,dirumah mama mula meracau,menangis,mujurlah mak Ieta ada,mak Ieta yang menenangkan mama,aku turut menangis,bimbangkan keadaan mama dan khabar ucu.
Keesokan harinya,kami mendapat berita,jenazah ucu telah ditemui dihilir sungai beberapa meter dari tempat ucu terjun.Punca kematian akibat patah tengkung ketika ucu mendarat sejurus membuat terjunan.
Papa memberitahu kami,pada malam itu suasana seakan-akan ribut,angin kuat.Tiba-tiba ada satu cahaya seolah-olah menyuluh disatu tempat dan keesokan harinya disitulah tempat arwah ucu ditemui.Orang awam disitu turut bersyukur jenazah ucu dijumpai dalam keadaan elok,menurut mereka sesiapa yang lemas disitu tidak pernah secepat begini dijumpai dan tidak seelok ucu keadaannya.
Tengahari itu,jenazah ucu dibawah kerumahku,sebelum perjalanannya ke alam yang kekal abadi,kami mencium jenazah arwah ucu untuk yang terakhir kalinya.Aku lihat wajah arwah ucu bersih dan seperti tersenyum.
Arwah ucu memang seorang pakcik yang sangat baik,setiap kali dia datang kerumah aku dan Alang pasti ada buah tangan untuk anak buahnya.Sebungkus plastik kuning berisi TORA atau DING DANG,gula-gula,lolipop dan cumi pasti akan menjadi hadiah setiap seorang pada setiap bulan.
Arwah ucu sangat baik dan amat menyayangi kami,anak buahnya.Walaupun dia bujang,tetapi dia amat penyayang.Aku amat menyayangi Ucu.
arwah ucu memang minat dengan aktiviti bermotor
handsomekan?
Semoga Ucu tenang di sisi-Nya..AL-FATIHAH
SEKIAN
*(n_n)*

nyah..aku nak letak lagu..nak bela ikan..tapi tak tahu..sob..sob
BalasPadam