Jumaat, 17 Februari 2012

PEKERJA VS PELAJAR



Adat...habis belajar cari kerja,bila saya lepas konvo,saya bekerja di syarikat perkapalan sebagai seorang pelukis pelan atau lebih dikenali sebagai draftperson.Tempat kerja ini sebenarnya rakan perniagaan tempat saya praktikal dulu,memang seronok kerja dalam bidang ini.Merasa juga saya naik pelbagai jenis kapal.2 tahun jugalah saya kerja disana,sebelum saya berhenti dan bekerja di sebuah tempat di Bandar Puteri Puchong.







seronok juga kerja berkaitan kapal ini,dapat tahu keadaan dalam kapal,dapur,bilik tidur,cara kapal dibuat,seronok sangat.Pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan.




...SEKARANG...



Sekarang hampir setahun lebih saya bekerja di AMBANK (M) BERHAD, sebagai Teller.
1 Disember 2010 adalah permulaan saya sebagai seorang pekerja bank.Mula-mula memang susah nak biasakan diri,tapi lama-lama seronok juga kerja bank,macam-macam pengalaman.Nanti artikel seterusnya,saya akan ceritakan pelbagai pengalaman sebagai pekerja bank yer?

ini waktu blackout..sebab itu nampak gelap

inilah kawan-kawan ambank,waktu sambut birthday saya,baju hitam tu
MY BOS



Kini,walaupun sibuk dengan pekerjaan,saya masih teruskan pelajaran.Orangkan bekerja sambil belajar.
Saya menuntut di Uitm dalam jurusan Diploma Pentadbiran Awam.
Mudah-mudahan segala urusan kerja dan belajar saya berjalan dengan lancarnya.



sekian

*(n_n)*

KENALI PRETTYNURA

Cerita pendek ini bermula disini...


PAK KE PAK!!..KE PAK..KE PAK!!..GEBUNG..GEBUNG..GEBUNG!!..
PAK KE PAK!!..KE PAK..KE PAK!!..GEBUNG..GEBUNG..GEBUNG!!..









Tanggal 5 Februari 1988,sepasang kekasih selamat di ijab kabulkan.Ramli bin Gulamjan selamat menjadi suami yang sah kepada Rahimah bt Md.Som.




Bahagia dengan perkahwinan yang dibina,maka pada 17 November 1988 lahirlah tanda cinta pertama mereka,puteri sulung penyeri hidup.Sayalah puteri sulung yang di beri nama 
NURNAZURAH BT RAMLI.



Yer...saya adalah seorang budak (dulu ar) yang amat nakal.Papa dan Mama jela yang tahu nakalnya saya dulu.hehehehehe.Pernah mama cerita,mama kejar saya satu taman semata-mata saya lari tak mahu pergi sekolah.Waktu tadika dulu la...

Cerita zaman persekolahan,sekolah pertama saya 
TADIKA KEMAS KG.MEDAN.
Lepas itu masuk darjah satu di 
SEKOLAH RENDAH  KEBANGSAAN KG.MEDAN 
dan 
SEKOLAH RENDAH AGAMA KG.MEDAN.

Habis sekolah rendah saya sambung zaman persekolah di 
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIJANGKANG JAYA 
pada tahun 2001-2003,sampai umur 15 tahun je,lepas itu dah malas nak belajar saya berhenti.
hahahahahaha

BANYAK CANTIK!!

memang kene lempang la kalau taknak sekolah,saya sambung zaman persekolahan saya di 
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KLANG 
pada tahun 2004-2005 dalam jurusan 
Pengurusan Perniagaan.

habis je SPM,saya kerja,ala..adat budak lepasan spm cari duit poket nak tahu saya kerja di mana?



ini nama kilang semi-conductor yang saya pernah berkhidmat selama dua bulan rasanya.Lamakan?hui...penat taw!!kerja 12jam,keluar pagi balik malam.Keluar malam balik pagi,memang kuruslah saya waktu itu,balik tahu nak tidur je.SERIK!!


Lepas itu cari kerja lain,dapatlah jawatan cashier di Restoran makanan segera ini.



lain pula cerita bila kerja kat sini,seronok ada,tak seronok ada,macam-macamlah.Malas nak cerita,yang penting hari-hari dapat makan free!!
Bertahan selama 6bulan jugalah,lamakan?lepas itu berhenti sebab dapat tawaran belajar di
INSTITUT KEMAHIRAN MARA LUMUT PERAK.
The best place,that i never forget!!




kawan-kawan JURUSAN KEJURUTERAAN LUKISAN DAN REKABENTUK MEKANIKAL
rindu betul!!!









sekian


*(n_n)*

Sabtu, 4 Februari 2012

PRETTYNURA


Assalammualaikum..

hai,lega sangat rasanya bila blog PRETTYNURA ini sudah siap!kepada En.Azlan,sila bagi markah lebih...hehehehe.Sebenarnya blog ini dilahirkan untuk tugasan saya bagi subjek CSC253-MULTIMEDIA,dan en.azlan adalah lecture saya yang cool untuk subjek ini.Baiklah.. siapa PRETTYNURA?


inila saya...(n_n)

Nurnazurah Bt Ramli
17.11.1988
"PRINCESS ELDEST" bagi pasangan RAMLI&RAHIMAH


inilah saya,seorang gadis biasa disebalik "PRETTYNURA".Sebenarnya banyak lagi CERITA DARI MATA yang saya nak kongsikan dengan semua,alang2 sudah ada blog ini,bolehlah saya singkap semula PRETTYNURA CERITA DARI MATA,jadi setia bersama saya ok! *(n_n)*